Thursday, July 30, 2009

.Bicara Sebuah Motorsikal.

.Aku Sebuah Motorsikal.


Aku sebuah motorsikal yang cantik.Aku telah dibuat disalah sebuah kilang yang sangat cangih peralatannya. Aku telah dipasang,dicat dan semua di-(yg berkaitan je) dgn baek nya oleh pekerja2 yang amat berkaliber. Setelah siap aku dinamakan Lagenda 110z atau lebih dikenali oleh anak2 muda zaman sekarang sebagai LEGEND. Aku berwarna oren dan hitam. Tetapi aku tidak lah mempunyai CC yg agak besar dan tidak laju. Maka bermula lah riwayat hidup ku didalam dunia ini.

Setelah siap semua nya aku telah dinaikkan ke atas lori dan akan dibawa ke mana entah, aku pon tak taw. Ramai juga kawan2 ku yang lebih kurang dengan ku berada didalam lori itu. Setelah selesai kawan2 ak naik ,maka pintu ditutup dan keadaan disitu agak gelap. Dan tanpa aku sedar aku telah tertidur didalam lori itu semasa perjalanan entah mana arah tujuannya (motor pon bley tdo?).

Sepembangunan (wakeup/bangun) aku dari tidur aku agak terkejut kerana aku telah berada di sebuah tempat yang aku sendiri tidak tahu. Mata ku menjeling kekiri dan kekanan untuk mencari hint (petunjuk) dimana aku berada sekarang. Lalu mata aku tertarik kepada satu signboard (papan tanda) yang menunjukkan alamat tempat dimana aku akan tinggal. MUAR,JOHOR. Tempat apakah ini (kuang aja ny moto) ?? Tapi aku tak kisah kerana tempat inilah bakal aku tinggal. Nak tak kena juga aku sesuai kan diri. Aku telah dipamerkan di cermin berkaca yang jernih,where semua orang yang lalu dihadapan kedai atau kediaman aku itu nampak aku tanpa perlu masuk.

Tanggal 23 June 2009 (dh cam merdeka plak),telah datang seorang lelaki yang aku kira bapa orang telah mengusha2 aku. Kelihatan dia amat berkenan sangat kepada aku (sumpah perasan). Dan tanpa membuang masa dia telah membeli aku daripada tuan yang telah aku anggap sebagai bapa kandung aku. Suasana agak sedih(huhuhu) masa aku ingin melangkah pergi meningalkan tempat tinggal dan rakan2 ku. Aku amat la berharap yang tuan baru aku ini baik. Sesampainya aku kerumah baru ku alangkah gembira nya aku apabila aku telah berada di sebuah keluarga yang happy sangat (family ak wei).

Tapi melalui sumber2 yang sahih, barangkali aku akan dibawa ke Kuala Lumpur (KL) untuk dipandu oleh tuan baru aku yang merupakan anak kepada Tuan besar (aku la tu). Tak sempat aku nak bermanja2 dengan family baru ku, aku telah dihantar ke KL.

Di KL aku telah berkhidmat untuk membawa tuan baru ku kelas (uniten pursaka tersayang) setiap pagi apabila kelas tuan ku bermula pada pukul 8 pagi hampir setiap hari. Pada suatu hari, kalu tak silap aku bertarikh 29 July 2009, something realy bad happen to me. Ianya bermula apabila tuan aku telah tido lewat malam sebelum kejadian berlaku. Oleh itu, pada pagi nya keadaan seakan kelam kabut apabila tuan ku agak lewat untuk ke kelas. Ditambah pula pada malam itu hujan telah turun.

Dengan pantas aku telah dinaiki dan ditungang meninggalkn kawasan apartment tuan ak tinggal (aku dok apartment wey!). Aku telah dipandu agak laju menuju ke tempat tuan aku belajar. Walaubagaimanapun malang tidak berbau (kalu ley bau,xsuprise la nnt). Sedang tuan aku memandu ku dengan agak laju dalam keadaan sesak dgn kereta, motor dihadapan ku yang memandu agak slow (xrempit la camtu brader) telah melakukan satu brek yang agak mengejut. Tuan ku yang agak kelam kabut pada pagi itu turut menyertai motor dihadapan untuk membrek tapi malang nya dengan keadaan jalan yang agak licin aku hilang kawalan dan aku telah rebah ke sebelah kanan, telah menheret tuan ku sedikit. Mujur la ada seorang lelaki telah membantu aku bangun dan mengangkat aku ketepi (thx brader kalu ko bce blog ak), manakala tuan ku berjalan perlahan2 menuju kearah aku.

Aku melihat keadaan tuan ku. Dia mengalami luka berikutan daripada seretan tadi. kecederaan di siku, tapak tangan, kedua2 belah lutut dan sedikit di jari kaki amat menyedihkan aku. Manakala aku luka di kening sebelah kanan aku dan sedikit2 bengkok. Aku amat berterima kasih kepada tuan ku yang telah segera membawa aku ke klinik dengan cepat untuk rawatan. Aku juga ingin meminta maaf kerana telah membuat kan tuan sakit (he2..xrahal).




Ikhlas dari motormu
Kepada EN. Razaleigh,

LEGEND





.Razaleigh.
*thx kat kawan2 yg riso n tlong mse aku accident*
*Thx jgak kat pak cik yg tlong tolak moto ak*

Sunday, July 26, 2009

.MUDS.

Ya. Bertemu kita kembali, setelah lama kita tidak bersua di dalam blog ini (hmm..ade org ke tgu nak baca blog ak nie?) . Oleh kerana keadaan minggu ini yang agak sibuk, mintak maaf saya tidak dapat mengemaskini (mengupdate) blog ini. Merujuk kepada tajuk di atas, pada awal nya ia kelihatan seperti pekataan english muds.. Ianya bukan bermaksud lumpur ataupon muds=moods. Maksudnya anda akan ketahui setelah membaca berita di bawah ini (huh.suspens ny.) .

.Berita Utama.

25 JULY, UNITEN - Satu kemalangan yang amat dasyat telah berlaku di Universiti Tenaga Nasional dekat sini pagi tadi. Ia melibatkan 2 orang pemandu yang kedua-dua nya memandu agak laju di dalam kawasan Universiti. 1 kematian (kematian enjin) telah dilaporkan berlaku di tempat kejadian. Manakala seorang pemandu telah digegaskan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Kami dapat dapat menjejaki Pasukan Kesalamatan UNITEN untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini.

"Kami telah cuba untuk mengelakkan kemalangan ini berlaku tetapi ia tetap berlaku juga. Kami meminta maaf kepada segala pihak atas perkara yang berlaku." ujar salah seorang daripada pegawai keselamatan itu. "Saya amat bersimpati kepada pemandu itu yang telah dibawa ke hospital. Nasib baik dia tidak apa-apa" ujar salah seorang daripada orang penting dalam program Malakoff University Diathlon Series 2009(MUDS) yang telah di lansungkan disini awal pagi tadi. Saya melaporkan dari unit sukan berita rekatipu. Sekian Terima kasih.



Sudah baca berita diatas?? Bagos kerana anda telah berjaya mencari maksud kepada persolan diawal tadi. Untuk dipendekkan cerita, pada hari sabtu saya dengan dukacitanya telah terpilih untuk menjadi suka-rela-wan (xske,xrela,don wan) kepada Malakoff Diatlhlon Univercity Series 2009 (MUDS). Pelbagai gelagat, pengalaman, ilmu dan dll. dapat saya timba semasa menjadi marshall (sukerelawan gak tp version english) kepada program itu. MUDS itu telah dilansungkn dengan jayanya (tgok la spe sukarelawan dia) di UNITEN pada hari sabtu yang lalu. Peserta-perserta dikehendaki untuk melakukan 1-3-1,berlari 1 round, berbabasikal 3 round dan berlari semula 1 round mengikut route yg telah disediakan. Berbagai peringkat umur (bdak darjah 5 pon ade) telah menyertai Pertandingan itu dan banyak ketegori telah dipertandingkan. Yang pasti UNITEN seperti tidak menghantar wakil untuk pertandingan itu (xnmpk pon pkai bju uniten.consider xde..ha2) .

Antara gelagat2 lucu yang dapat saya rakamkan ialah:-
  1. Masa nak amek dan letak basikal,masing2 kelam kabut nak cari tempat parking diorang (relaks sudeyh.volenteers ade nak tunjuk kn tmpt korg) .
  2. Ada juga yang lepas park basikal diorang lepas dah cabut kasut untuk berbasikal lupe nak pakai kasut nak lari (mula la lari pkai stokin je.dh la jalan tu panas.conpem dpt first coz lari laju gle nak smpai penamat) .
  3. Pakai helmet masa lari (xyah la cabot.Safety skit.).
Gelak pon gelak juga, tapi ada juga kemalangan telah berlaku apabila kereta berlanggar dengan salah sebuah basikal. Nasib baik orang yang bawa basikal tak apa-apa. (berita kat atas tu x tipu taw)

Dan pada tengahari nya semua suka-rela-wan telah dianugerahkan sijil dan dapat makan tengahari percuma
(elaun xdpat.sdey sgt.igt dpt elaun.huhu.) . Walaupon agak penat, tapi segala pengalaman lucu dan pahit amat la berguna di masa akan datang. (huh.ak dh sunburn dh nie.gelap dh kulit yg dh sedia gelap nie)

So rasanya cukup untuk entry kali ini. Jumpa lagi kat entry akan datang. Bye.


*mesti korang pelik coz gaya penulisan ak lainkan.
coz arie tu ade org sound aku gne rojak(kesah plak ak) .*





.Sekian Terima Kasih.

Sunday, July 19, 2009

.Kawan.

"kawan biar beribu, bercinta biar satu"


Itu lah antara pepatah dulu2 yg berkaitan dgn kawan..semua org yg idop kat atas muka bumi ini pasti mempunyai kawan..dan bagi aku kawan la antara orang yg penting dlm hidup aku(huh,poyo gle mamat nie)..tanpa korang kosong la hidup aku(xkan nak berkepit ngan awek je)..tak ade seri,manis,suka dan duka..tapi pada zaman sekarang susa untuk mencari kawan yang betul2 memahami dan bersama2 kita dalam suka atau duka..cuba kte lihat macam orang2 dulu(aku nie asek cte pasal org dulu je)..kita amek contoh yg paling femes la Hang Tuah 5 bersaudara..mari kita ikuti cerita version aku tentang Hang Tuah nie..


.Hang Tuah 5 bersaudara.

Tersebut al-kisah orang dulu2 ade la 5 orang nie yang cukup hebat..hebat bersilat dan macam2 la agy hebatnya..Mereka berlima ini terdiri daripada Hang Tuah(HT),Hang Jebat(HJ),Hang Lekiu(HL1),Hang Lekir(HL2) dan Hang Kasturi(HK)..Mereka ini bersatu padu untuk menjaga keamanan,keselamatan dan segala ke- di negeri Melaka yang dahulu kalanya sebuah negeri yang amat masyur terutama dari segi pemerintahan dan perdagangannya.. Kesetian mereka berlima ini kepada Sultan dan Negeri tercinta mereka sangat menebal.. Walaubagaimanapun,semangat persahabatan antara mereka berlima juga tidak kurang tebal nya..Dengan semangat persahabatan mereka yang begitu tebal mereka berjaya mengcontrol Melaka dengan sucessful nya dan mereka telah digelar Laksamana bagi negeri Melaka..Mereka sentiasa bersama2 untuk mempertahankan Melaka dan semasa ade2 manusia2 yang ingin cari pasal kat Melaka..Bak kata orang tua2 mereka berlima tu macam belangkas(belangkas=haiwan..tp xtaw la plak dyorg selalu lepak sme2) la,sentiasa bersama..

Untuk dijadikan cerita,pada satu hari HT telah dipanggil oleh Sultan..Dengan entah apa sebab nya Sultan telah murka kepada HT(padahal xigt ape sebab ny..he2..)..Dan Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman bunuh on the spot dan dia telah dibawak ke hutan untuk hukuman bunuh..Maka cerita HT akan di hukum bunuh pun tersebar disegenap pelusuk negeri Melaka..Apabila cerita tu sampai ke cuping telinga keempat2 member HT yang lain,maka naik berang la diorang terutama sekali HJ..HJ telah mengamuk dan mengulingkan dan memporak-perandakan Melaka..Hal ini kerana Sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada kawan baik diorang..Habis sultan kena halau dari istana dan ketika itu kesetiaan kepada sultan HJ dah jadi nipis dah..

On the other hand,rupa2 nya HT tak dibunuh oleh tukang yang nak bunuh dia..Tukang nak bunuh tu telah guna darah binatang(xigt binatang ape) kat pedang dia untuk tunjuk kat sultan yang dia dah bunuh HT..Tapi tukang tu berpesan kat HT "ko pegi la jaoh2..jgn dtg Melaka agy..jalani hidup mu dgn gembira"..HT pun mngucapkan thanks dan bla dari tempat tu(ye2 je HT ckap thanks)..Tapi setelah mendengar cerita yang dibawa oleh angin sampai ke telinga HT yang HJ telah belot kepada sultan..Kesetiaan Hang Tuah yang menebal kepada telah membuatkan dia membuat come back ke Melaka untuk sparing(bergadoh) dgn HJ..

Setelah sampai nya ke Melaka,HT tak membuang masa terus mencari Hang Jebat kat istana(dia xde la nak g lepak2 jap jmpe gf dy ke ap ke)..Time tu HJ tengah seronok2 lepak ngan dayang2
(bkn dayang hannah LKW) kat istana..HT pon memekik kat HJ "hey2 HJ,lebih baek ko turun..Jikalau ko tak turun aku naek bunuh ko"(dialog Laksamana DOREMI)..HJ pon terkejut apabila mendengar suara HT yang dia miss sangat2(patot la cam familiar je sore dy).."HT,ko hidup agy ke..Aku ingat ko dah mati",kata HJ..HT pon story kat HJ psal apa dy tak mati(ade kat atas tue..mlas nak cte blek)..Tapi selepas story2 HT terpaksa gak sparing(gadoh) dengan HJ..Coz dia dah menderhaka kepada Sultan..Tapi time tu HJ ade keris Taming sari sementara HT ade keris cikai je..Kalu HT pakai gak konpem kalah nye ngan HJ..So dia terpaksa slow talk ngan HJ untuk trade keris ngan dia..Kerana HJ terlalu percaya ngan kawan baik dia then dia setuju untuk trade..Sesudah trade HT tanpa membuang masa mengunakan keris hebat itu menikam HJ..Then HJ pon mati..

.Kesimpulan.

Apabila membaca kisah tu,aku dapat simpul kan bahawa persahabatan tu sangat indah..Kerana melalui persahabatan yg kukuh segala benda boleh dilakukan bersama yang ditunjukkan oleh 5bersaudara dalam menjaga Melaka..HJ juga menunjukkan semangat kawan yang tinggi apabila dia tahu yang kawan dia kena hukum tak pasal2..padahal HT sangat setia ngan Sultan..Tapi ending cerita nie sgt sedih apabila HT telah membunuh sahabat baik dia sendiri..

Pkir2 la..Bley ke kita jadi cam HJ..Sungguh tebal semangat kawan dia kat Tuah..Kita ni,kadang2 hati kawan pon kita tak bley nak jaga(org yg tulis nie pon sme je..bajet jage ati kwn)..Kadang2 ble kita cakap benda yang kecik2 kat kawan kita kadang2 maybe besar pada dia..pkir la untuk jaga hati kawan gak..Kalu diorg asek jaga hati korang,spe nak jaga hati diorang..hmm..So korang pkir la elok2 coz kawan kita maybe beribu tapi kalu satu2 pergi dari kita last2 dh tak de spe nak kawan ngan kte(padan mke dok la uma sorg2)..So renung2 kn dan selamat beramal(ayat ade ustad tue time bg tazkirah kat hot fm)..ha2..

Finally,I want to thanks to all my friend since i was born until now because being my freind..U all are good2 friend that i ever had in this world..Sory if I hurt you and Thank you very2 much..Love U all..(yeah..1st time speaking full dlm blog ak)



*kisah ini tiada kena mengena antara hidup dan mati*
*kepada Dewan Bahasa dan Pusataka, sory psal story Hang Tuah yang agak kasar skit..Mintak maaf banyak2*




sekian untuk kali ini..Terima kasih..
jmpe agy..

Saturday, July 18, 2009

Kata org dlu2

Entry kali ini aku ingin merungkai satu permasalahan yg membelengu kite (org zaman moden) samada bley dipercayai atau tidak..Ianya tentang perkara2 yg selalu parents n grandparents (huh,speaking plak) crita kat kite (xtaw la plak kalu mak bapak n atok nenek korg xcte kat korg) ..Macam2 la dyorg ckap psal bak kata org dlu kat kte..kte pon xtaw samada ley caya atau x..kalu xcaya kang kate kte kuang aja plak..so dgr je la..caya ke x?tu blkg kira..antara crita2 yg penah ak dgr:-
  1. Bila tapak tgn kite gatal je,tande ny nak dpt dwet la tue..(kalu cam2 tiap2 mlm ak bagi nyamuk gigit tapak tangan ak,ble gatal nnt nak dpt dwet la)
  2. Sape yg ade 2 pusar kat kepala bgos kalu ternak kambing,coz nnt kambing2 ternakan akn sng nak membiak..(huh..bgos tue..time raye mst kaye coz jual kambing)
  3. Barangsiapa yg ade lekuk kat blkg leher kalu tanam pokok,mst pokok tue tumbuh dgn subur ny..(baek korg check skrg kalu2 korg ade..nnt ley tnm pokok)
Itu la antara nye cakap2 org dlu2 yg dpt ak ingt n yg pling femes la..bnde2 slale di cite kn kat kite..Ianye trpulang kepada individu masing2 utk mmpercayai atau tak..kdg2 ak trpkir gak camne la dyorg ley come out ngan statement2 cam2..kalu ak la xtrpkir lansung..mayb melalui pengalaman dyorg (agypon kita bru 19/20 tahun camtu..mude agy) ..bak kata org dlu2 "org tua2 agy byk mkn garam" (sbb tue rmai org2 tua kna darah tinggi) ..So dyorg agy taw byk bnde dari kite..better dgr n ikot ckap dyorg..Lastly,hormat lah org2 tua coz segala nasihat amat berguna kepada kita (sempat jugak selit2 kn nilai murni dlm blog ak)

Sekian sahaja utk kali nie mata dh ngntok plak..jmpe kat entry akan dtg..tgu ye di url yg sme..terima kasih kerana mminjam kn mata anda.. (dh2..ble nak publish nie..he2)

Friday, July 17, 2009

Sudah sampai mase nye

Sudah lame aku berpikir akhir nya aku membuat keputusan utk menghasilkan satu blog kepunyaan sendiri (coz dh letih asek bace blog org je..jeles!!)..tanggal 17 Julai 2009 maka trhasil la satu blog yg mgkin akan mngegar dunia hari ini(gegar abes)..kepada sesiapa yg dh lme menungu blog dari aku(terutama kepada apex san),ini la mse nye utk korg mmbace dan mengUPDATE kn diri korg mmbace blog ak..hahaha..

sekian sahaja utk entry kali ini..