Sunday, July 26, 2009

.MUDS.

Ya. Bertemu kita kembali, setelah lama kita tidak bersua di dalam blog ini (hmm..ade org ke tgu nak baca blog ak nie?) . Oleh kerana keadaan minggu ini yang agak sibuk, mintak maaf saya tidak dapat mengemaskini (mengupdate) blog ini. Merujuk kepada tajuk di atas, pada awal nya ia kelihatan seperti pekataan english muds.. Ianya bukan bermaksud lumpur ataupon muds=moods. Maksudnya anda akan ketahui setelah membaca berita di bawah ini (huh.suspens ny.) .

.Berita Utama.

25 JULY, UNITEN - Satu kemalangan yang amat dasyat telah berlaku di Universiti Tenaga Nasional dekat sini pagi tadi. Ia melibatkan 2 orang pemandu yang kedua-dua nya memandu agak laju di dalam kawasan Universiti. 1 kematian (kematian enjin) telah dilaporkan berlaku di tempat kejadian. Manakala seorang pemandu telah digegaskan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Kami dapat dapat menjejaki Pasukan Kesalamatan UNITEN untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini.

"Kami telah cuba untuk mengelakkan kemalangan ini berlaku tetapi ia tetap berlaku juga. Kami meminta maaf kepada segala pihak atas perkara yang berlaku." ujar salah seorang daripada pegawai keselamatan itu. "Saya amat bersimpati kepada pemandu itu yang telah dibawa ke hospital. Nasib baik dia tidak apa-apa" ujar salah seorang daripada orang penting dalam program Malakoff University Diathlon Series 2009(MUDS) yang telah di lansungkan disini awal pagi tadi. Saya melaporkan dari unit sukan berita rekatipu. Sekian Terima kasih.



Sudah baca berita diatas?? Bagos kerana anda telah berjaya mencari maksud kepada persolan diawal tadi. Untuk dipendekkan cerita, pada hari sabtu saya dengan dukacitanya telah terpilih untuk menjadi suka-rela-wan (xske,xrela,don wan) kepada Malakoff Diatlhlon Univercity Series 2009 (MUDS). Pelbagai gelagat, pengalaman, ilmu dan dll. dapat saya timba semasa menjadi marshall (sukerelawan gak tp version english) kepada program itu. MUDS itu telah dilansungkn dengan jayanya (tgok la spe sukarelawan dia) di UNITEN pada hari sabtu yang lalu. Peserta-perserta dikehendaki untuk melakukan 1-3-1,berlari 1 round, berbabasikal 3 round dan berlari semula 1 round mengikut route yg telah disediakan. Berbagai peringkat umur (bdak darjah 5 pon ade) telah menyertai Pertandingan itu dan banyak ketegori telah dipertandingkan. Yang pasti UNITEN seperti tidak menghantar wakil untuk pertandingan itu (xnmpk pon pkai bju uniten.consider xde..ha2) .

Antara gelagat2 lucu yang dapat saya rakamkan ialah:-
  1. Masa nak amek dan letak basikal,masing2 kelam kabut nak cari tempat parking diorang (relaks sudeyh.volenteers ade nak tunjuk kn tmpt korg) .
  2. Ada juga yang lepas park basikal diorang lepas dah cabut kasut untuk berbasikal lupe nak pakai kasut nak lari (mula la lari pkai stokin je.dh la jalan tu panas.conpem dpt first coz lari laju gle nak smpai penamat) .
  3. Pakai helmet masa lari (xyah la cabot.Safety skit.).
Gelak pon gelak juga, tapi ada juga kemalangan telah berlaku apabila kereta berlanggar dengan salah sebuah basikal. Nasib baik orang yang bawa basikal tak apa-apa. (berita kat atas tu x tipu taw)

Dan pada tengahari nya semua suka-rela-wan telah dianugerahkan sijil dan dapat makan tengahari percuma
(elaun xdpat.sdey sgt.igt dpt elaun.huhu.) . Walaupon agak penat, tapi segala pengalaman lucu dan pahit amat la berguna di masa akan datang. (huh.ak dh sunburn dh nie.gelap dh kulit yg dh sedia gelap nie)

So rasanya cukup untuk entry kali ini. Jumpa lagi kat entry akan datang. Bye.


*mesti korang pelik coz gaya penulisan ak lainkan.
coz arie tu ade org sound aku gne rojak(kesah plak ak) .*





.Sekian Terima Kasih.

3 comments:

a p e x said...

haha..
suka-rela-wan = xsuka-xrela-donwan

siud je...
haha

JALI sudeyh said...

ha2..
mantap kn..
huhu

Azim Rizzo said...

ko mmg itam pun..x yah sunburn dh itam kut