Monday, April 11, 2011

.hospital.

Ingat dulu masa kecik-kecik, hospital antara tempat yang paling takut nak peegi. Dengan doktor, ubat, hmmm senang cerita suma la. Dengan cerita-cerita hantu semua banyak dekat hospital lagi la buat seram. Dulu pon kalau pergi hospital mesti pasal mak delivered adik baru. Seronok betul dapat adik. hehe. Sekarang semua adik-adik dah besar dah. Dulu paling seronok bila datang time makan la. Nanti sibuk2 mintak mak nak makan sekali. Dengan orang datang melawat lagi bawa makanan. Bukan mak yang makan, kita yang makan.hehehe. Nurse jangan cakap la, memang baik dan cantik. Rindu nya zaman kecik-kecik.

Dah besar pon apa kurang nya. Pergi hospital memang jarang sekali. Bukan pasal takut, tapi malas. Kalau tak de orang sakit or apa-apa memang tak datang la hospital (tapi memang tu pon function hospital, tak kan la orang nak melepak kat hospital). Kenapa aku tergerak nak cerita pasal hospital mesti ko nak tau kan. Pasal tadi aku pergi hospital bawa adik aku bahu dia patah. Seawal pagi lagi aku dah siap-siap dah bangun mandi semua. (padahal mak dah bising suruh bangun mandi). Tapi memang betul la orang tua-tua suruh,
"datang hospital awal, kalau tak nanti dah ramai orang"
Seorang anak yang soleh, aku pon mengikut apa yang disuruh dan ternyata sesampainya aku kat hospital orang tak ramai lagi. Tapi hospital kerajaan kan (what can you expect man) masih lambat tapi ok la. Aku datang kul 8 camtu dan habis semua benda dalam kul 10 (tak de la lama sangat aku je yang malas) . Dah jumpa doktor semua, dia cakap nanti 4.5 kena datang lagi buat check up lagi. Siapa lagi yang kena bawa? Aku juga.haha. So hospital cuti ni aku date dengan kau je la.hehe. Nanti kita jumpa eh 4.5, doktor dan nurse.

Sunday, April 10, 2011

.ku mahu kau tahu.

hmmmmm. Lama sudah aku tidak menemui kau. Dan aku pasti dah tak ada orang pon yang akan baca apa aku akan cerita kat kau. So, aku akan luahkan dekat kau blog. Sesungguhnya kau seorang pendengar yang baik. Mendengar tanpa berkata apa-apa. Jauh sekali untuk kau membangkang atau petah apa yang akan aku luahkan. Dan tidak mungkin kau boleh berkata apa-apa kepada org lain apa yang aku kata kan. Tak payah nak tutup mulut kau yang sememangnya kau tidak bermulut. Tambahan pula tak kan pernah kau akan menyakitkan hati aku kan. Kalau kau pon nak sakit kan hati aku, aku pon dah tak tau mana lagi aku nak pegi. Tapi aku nak minta maaf dekat kau juga kerana dah lama aku tak jumpa kau. Dah jadi macam ni baru aku cari ko balik. Bila dah sorang-sorang baru datang. Bak kata Tun Mahathir
"Melayu mudah lupa"
dan sesungguhnya aku memang seorang Melayu. Manusia memang macam ni, bukan seperti kau blog, kau still ada,tak penah lari pon dari aku walaupon aku dah lama tak endahkan kau. Dan mulai hari ni aku akan berjanji aku akan selalu jumpa kau blog.
I promise!