Monday, April 11, 2011

.hospital.

Ingat dulu masa kecik-kecik, hospital antara tempat yang paling takut nak peegi. Dengan doktor, ubat, hmmm senang cerita suma la. Dengan cerita-cerita hantu semua banyak dekat hospital lagi la buat seram. Dulu pon kalau pergi hospital mesti pasal mak delivered adik baru. Seronok betul dapat adik. hehe. Sekarang semua adik-adik dah besar dah. Dulu paling seronok bila datang time makan la. Nanti sibuk2 mintak mak nak makan sekali. Dengan orang datang melawat lagi bawa makanan. Bukan mak yang makan, kita yang makan.hehehe. Nurse jangan cakap la, memang baik dan cantik. Rindu nya zaman kecik-kecik.

Dah besar pon apa kurang nya. Pergi hospital memang jarang sekali. Bukan pasal takut, tapi malas. Kalau tak de orang sakit or apa-apa memang tak datang la hospital (tapi memang tu pon function hospital, tak kan la orang nak melepak kat hospital). Kenapa aku tergerak nak cerita pasal hospital mesti ko nak tau kan. Pasal tadi aku pergi hospital bawa adik aku bahu dia patah. Seawal pagi lagi aku dah siap-siap dah bangun mandi semua. (padahal mak dah bising suruh bangun mandi). Tapi memang betul la orang tua-tua suruh,
"datang hospital awal, kalau tak nanti dah ramai orang"
Seorang anak yang soleh, aku pon mengikut apa yang disuruh dan ternyata sesampainya aku kat hospital orang tak ramai lagi. Tapi hospital kerajaan kan (what can you expect man) masih lambat tapi ok la. Aku datang kul 8 camtu dan habis semua benda dalam kul 10 (tak de la lama sangat aku je yang malas) . Dah jumpa doktor semua, dia cakap nanti 4.5 kena datang lagi buat check up lagi. Siapa lagi yang kena bawa? Aku juga.haha. So hospital cuti ni aku date dengan kau je la.hehe. Nanti kita jumpa eh 4.5, doktor dan nurse.

Sunday, April 10, 2011

.ku mahu kau tahu.

hmmmmm. Lama sudah aku tidak menemui kau. Dan aku pasti dah tak ada orang pon yang akan baca apa aku akan cerita kat kau. So, aku akan luahkan dekat kau blog. Sesungguhnya kau seorang pendengar yang baik. Mendengar tanpa berkata apa-apa. Jauh sekali untuk kau membangkang atau petah apa yang akan aku luahkan. Dan tidak mungkin kau boleh berkata apa-apa kepada org lain apa yang aku kata kan. Tak payah nak tutup mulut kau yang sememangnya kau tidak bermulut. Tambahan pula tak kan pernah kau akan menyakitkan hati aku kan. Kalau kau pon nak sakit kan hati aku, aku pon dah tak tau mana lagi aku nak pegi. Tapi aku nak minta maaf dekat kau juga kerana dah lama aku tak jumpa kau. Dah jadi macam ni baru aku cari ko balik. Bila dah sorang-sorang baru datang. Bak kata Tun Mahathir
"Melayu mudah lupa"
dan sesungguhnya aku memang seorang Melayu. Manusia memang macam ni, bukan seperti kau blog, kau still ada,tak penah lari pon dari aku walaupon aku dah lama tak endahkan kau. Dan mulai hari ni aku akan berjanji aku akan selalu jumpa kau blog.
I promise!

Thursday, January 21, 2010

.Masa.

Masa,
kau terlalu pantas,
kau terlalu cepat,
dan terlalu sangat,amat,sungguh!
sehingga kau tinggal kan aku jauh berbatu-batu dibelakang.

Masa,
kau ibarat emas,
kau sesuatu yang amat,sangat,sungguh bernilai,
tapi,
tak akan dapat ku beli mu walaupun duet ku banyak seluas dunia ini.

Masa,
kau jadi saksi segala yang berlaku dalam hidup ku,
kau lihat ku ketawa,
kau lihat ku gembira,
dan kau lihat ku menangis.

Masa,
kau sahaja yang amat memahami ku,
ku harap jangan la kau biarkan hidup ku di penuhi tangisan,
dan jangan lah biarkan air mata ku mengalir,
kerana ku tak mampu menghadapi nya lagi.

Masa,
ku curi mu,
ku tipu mu,
ku membuang mu,
betapa bodohnya ku ini,
sehingga aku melakukan sebegitu kepada mu

Masa,
ku tak terdaya lagi,
biar kau sahaja yg sahaja yang menentukannya,
ku serah kn segala nya pada mu,
jangan kau tinggalkan ku lagi,
dan "MASA" maafkan ku.

Masa.....



Yang kerugian,
Razaleigh Musa

Monday, September 14, 2009

.Kerinduan Kerumahan.

Hmm.. Arie nie genap la 26 arie umat Islam di atas muka ini berpuasa (btol ke nie?xkre plak..he2..) .. Harapan aku penuh la puasa2 korg2 semua nie taun nie (pempuan xpe la..kalu diorg pon puasa penuh,mandul la maksud nya..) .. Bagi aku tahun nie sama je cam tahun2 dulu.. Dah nak raya baru la aku balik.. Berbuka ngan family?? Hmm.. Jangan tanya la..Bley dikira ngan jari la bpe kali aku buka ngan family aku.. Hmm.. Aku sedey tak?? Hmm.. Ntah la.. No komen.. (ape jadah nye aku tanya aku jawab sendiri nie..) So minggu2 terakhir aku kat uniten nie sebelum raya nie, badan aku je ade kat sini.. Tapi hati aku dah ade kat Muar dah.. Ngan family2 aku.. Rindu nya... (poyo gle.. family aku rindu ke tak aku kat sini..) Hmm.. Bagi aku byse la sume nie.. Hidup sebagai perantau mencari ilmu di negeri orang.. Suka tak suka, rela tak rela, wan or don wan (suka-rela-wan, lawak yang arie tu..ade kat bawah telak diguna balik..) aku kena jugak terima.. N kepada kawan2 aku yg menjadik perantau di negara orang, aku respek kat korg sgt2.. Aku taw korg nye rindu konpem lagi byk dari ape yg aku rase kn (tu la tu..ko je poyo razaleigh oi..muar kajang dekat je..poyo je lbey) .. So korg elok2 kat sne.. Melihat anak pulang dengan kejayaan adelah harapan setiap ibu dan bapa kat dunia nie.. So promse jgn hampa kn dyorg eh.. Jauh dimata tapi korg sentiasa dekat kat hati dyorg..

Menyimpulkan ape yang tak tersimpul dari tadi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiape yang sudi membuka blog aku dan membaca post nie.. Aku menghulur 10 jari memohon maaf jika aku pernah menyakiti hati korg.. Dapat jmpe korg sumua di Hari Raya ini merupakan hadiah yang paling bermakne skali.. Ok.. Selamat Hari Raya..


.Selamat Hari Raya.
.Maaf zahir batin.

Ikhlas dari:
Jali


(sory post awal..coz nnt dah blek muar xde internet dah)

Wednesday, August 26, 2009

.Gemuk.

Hmm.. Setelah lame menyepi akhir nya aku come out jugak ngan post yang baru.. Mesti korang tertanya2 dan tertunggu new post dari aku.. Sory kerana aku agak buzy, maklum la test dan quiz melambak2 nak kena jawab (nie mase nga taip nie,esok ade 2 test n quiz..wish me luck ye) .. So kena la study sikit (study ke aku nie?) .. Di kesempatan ini, di bulan ramadhan al-mubarak ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa,bersahur,berbuka dan semua ber- yang berkaitan.. Dalam post kali ini aku nak sentuh sikit pasal gemuk.. Maklum la bulan puasa nie sume yang gemuk2 nie mengambil kesempatan untuk menjadik kurus dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan..

Tanpa kita sedari, actualy menjadik gemuk mempunyai kelebihan yang tersendiri (coz yang empunya blog nie nak gemuk,tapi xdpt2) .. Banyak mereka2 yang kurus ingin menjadik gemuk (termasuk la org yang nga taip nie) .. Dan sesungguh nya aku tidak paham kenapa mereka yang gemuk mahu kurus.. Di bawah nie aku senarai kan antara kelebihan2 orang gemuk:-

  1. Apabila naik bas, semestinya anda yang gemuk dapat 2 sit nya (air-cond 2 biji konpem korg punya..best je) ..
  2. Terutama pada bulan puasa, anda mempunyai spare part makanan yang banyak dalam perut (korg tgok cam unta..kan diorg ade bongol kat blkg, so dyorg ley tahan lme kat padang pasir kalu xmkn) ..
  3. Time2 ujan ke or in particular,time2 sejuk,korg konpem xrase nya sejuk.. Tak payah nak membazir2 duet beli sweater ke ape ke untuk panas (haba konpem korg simpan nye..chill je time2 sejuk..sebgai contoh cam beruang kutub tu) ..
  4. Kalu dalam lrt ke bila time2 ramai orang, mesti orang kasik korg dudok.. Kesian tengok korg nak diri pon xlarat (besh wei dpt duduk..org laen sume kena diri) ..
Itu antara kelebihan2 yang orang yang agak gemuk dapat berbanding dengan orang yang berbadan agak kurus.. Dan sekarang nie aku nak senarai kan pulak antara disadvantages mereka yang kurus nie:-
  1. Kalu naek bas konpem2 la kena dok satu sit je.. Kadang2 bila bas penuh 2 sit kena kongsi 3 orang agy (sempit kot..3 orang 2 sit..paham2 je la) ..
  2. Time puase jangan cerita la,time sahur tu selagi bley makan,diorng makan sampai kenyang..Tp at last tengah ari lapar jugak (ha2..makan je keje..silap2 xpose coz xtahan) ..
  3. Kalu ujan ke sejuk ke,mula la kelam kabut carik sweater coz xtahan sejuk.. Kena la melabur sikit duet beli sweater (lari bajet wei..asek nak beli swweater je..kalu pkai sweater sme je nnt org kutok plak) ..
  4. Bila kat dalam lrt,orang2 kurus nie la yang kena diri nak bagi orang2 laen dudok (bayar tiket sama harga bro..asal aku kena diri plak..tensen2..) ..
Konklusinya, dapat kita lihat banyak kebaikan yang diperolehi apabila kita gemuk nie.. Tapi laen orang laen pandangan nya.. Terpulang la kepada setiap individu untuk menilai nya.. Bagi mereka yang ingin kurus mase nie la time yang sesuai untuk anda mengurang kan berat badan..
Akhir sekali aku ingin meminta maaf jika ade pihak2 yang terasa dengan post aku ini.. Ingat, dibulan ramadhan nie, tingkat kan la ibadah bukan juadah..hehe..



*sekian terima kasih*

Thursday, July 30, 2009

.Bicara Sebuah Motorsikal.

.Aku Sebuah Motorsikal.


Aku sebuah motorsikal yang cantik.Aku telah dibuat disalah sebuah kilang yang sangat cangih peralatannya. Aku telah dipasang,dicat dan semua di-(yg berkaitan je) dgn baek nya oleh pekerja2 yang amat berkaliber. Setelah siap aku dinamakan Lagenda 110z atau lebih dikenali oleh anak2 muda zaman sekarang sebagai LEGEND. Aku berwarna oren dan hitam. Tetapi aku tidak lah mempunyai CC yg agak besar dan tidak laju. Maka bermula lah riwayat hidup ku didalam dunia ini.

Setelah siap semua nya aku telah dinaikkan ke atas lori dan akan dibawa ke mana entah, aku pon tak taw. Ramai juga kawan2 ku yang lebih kurang dengan ku berada didalam lori itu. Setelah selesai kawan2 ak naik ,maka pintu ditutup dan keadaan disitu agak gelap. Dan tanpa aku sedar aku telah tertidur didalam lori itu semasa perjalanan entah mana arah tujuannya (motor pon bley tdo?).

Sepembangunan (wakeup/bangun) aku dari tidur aku agak terkejut kerana aku telah berada di sebuah tempat yang aku sendiri tidak tahu. Mata ku menjeling kekiri dan kekanan untuk mencari hint (petunjuk) dimana aku berada sekarang. Lalu mata aku tertarik kepada satu signboard (papan tanda) yang menunjukkan alamat tempat dimana aku akan tinggal. MUAR,JOHOR. Tempat apakah ini (kuang aja ny moto) ?? Tapi aku tak kisah kerana tempat inilah bakal aku tinggal. Nak tak kena juga aku sesuai kan diri. Aku telah dipamerkan di cermin berkaca yang jernih,where semua orang yang lalu dihadapan kedai atau kediaman aku itu nampak aku tanpa perlu masuk.

Tanggal 23 June 2009 (dh cam merdeka plak),telah datang seorang lelaki yang aku kira bapa orang telah mengusha2 aku. Kelihatan dia amat berkenan sangat kepada aku (sumpah perasan). Dan tanpa membuang masa dia telah membeli aku daripada tuan yang telah aku anggap sebagai bapa kandung aku. Suasana agak sedih(huhuhu) masa aku ingin melangkah pergi meningalkan tempat tinggal dan rakan2 ku. Aku amat la berharap yang tuan baru aku ini baik. Sesampainya aku kerumah baru ku alangkah gembira nya aku apabila aku telah berada di sebuah keluarga yang happy sangat (family ak wei).

Tapi melalui sumber2 yang sahih, barangkali aku akan dibawa ke Kuala Lumpur (KL) untuk dipandu oleh tuan baru aku yang merupakan anak kepada Tuan besar (aku la tu). Tak sempat aku nak bermanja2 dengan family baru ku, aku telah dihantar ke KL.

Di KL aku telah berkhidmat untuk membawa tuan baru ku kelas (uniten pursaka tersayang) setiap pagi apabila kelas tuan ku bermula pada pukul 8 pagi hampir setiap hari. Pada suatu hari, kalu tak silap aku bertarikh 29 July 2009, something realy bad happen to me. Ianya bermula apabila tuan aku telah tido lewat malam sebelum kejadian berlaku. Oleh itu, pada pagi nya keadaan seakan kelam kabut apabila tuan ku agak lewat untuk ke kelas. Ditambah pula pada malam itu hujan telah turun.

Dengan pantas aku telah dinaiki dan ditungang meninggalkn kawasan apartment tuan ak tinggal (aku dok apartment wey!). Aku telah dipandu agak laju menuju ke tempat tuan aku belajar. Walaubagaimanapun malang tidak berbau (kalu ley bau,xsuprise la nnt). Sedang tuan aku memandu ku dengan agak laju dalam keadaan sesak dgn kereta, motor dihadapan ku yang memandu agak slow (xrempit la camtu brader) telah melakukan satu brek yang agak mengejut. Tuan ku yang agak kelam kabut pada pagi itu turut menyertai motor dihadapan untuk membrek tapi malang nya dengan keadaan jalan yang agak licin aku hilang kawalan dan aku telah rebah ke sebelah kanan, telah menheret tuan ku sedikit. Mujur la ada seorang lelaki telah membantu aku bangun dan mengangkat aku ketepi (thx brader kalu ko bce blog ak), manakala tuan ku berjalan perlahan2 menuju kearah aku.

Aku melihat keadaan tuan ku. Dia mengalami luka berikutan daripada seretan tadi. kecederaan di siku, tapak tangan, kedua2 belah lutut dan sedikit di jari kaki amat menyedihkan aku. Manakala aku luka di kening sebelah kanan aku dan sedikit2 bengkok. Aku amat berterima kasih kepada tuan ku yang telah segera membawa aku ke klinik dengan cepat untuk rawatan. Aku juga ingin meminta maaf kerana telah membuat kan tuan sakit (he2..xrahal).




Ikhlas dari motormu
Kepada EN. Razaleigh,

LEGEND





.Razaleigh.
*thx kat kawan2 yg riso n tlong mse aku accident*
*Thx jgak kat pak cik yg tlong tolak moto ak*

Sunday, July 26, 2009

.MUDS.

Ya. Bertemu kita kembali, setelah lama kita tidak bersua di dalam blog ini (hmm..ade org ke tgu nak baca blog ak nie?) . Oleh kerana keadaan minggu ini yang agak sibuk, mintak maaf saya tidak dapat mengemaskini (mengupdate) blog ini. Merujuk kepada tajuk di atas, pada awal nya ia kelihatan seperti pekataan english muds.. Ianya bukan bermaksud lumpur ataupon muds=moods. Maksudnya anda akan ketahui setelah membaca berita di bawah ini (huh.suspens ny.) .

.Berita Utama.

25 JULY, UNITEN - Satu kemalangan yang amat dasyat telah berlaku di Universiti Tenaga Nasional dekat sini pagi tadi. Ia melibatkan 2 orang pemandu yang kedua-dua nya memandu agak laju di dalam kawasan Universiti. 1 kematian (kematian enjin) telah dilaporkan berlaku di tempat kejadian. Manakala seorang pemandu telah digegaskan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Kami dapat dapat menjejaki Pasukan Kesalamatan UNITEN untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini.

"Kami telah cuba untuk mengelakkan kemalangan ini berlaku tetapi ia tetap berlaku juga. Kami meminta maaf kepada segala pihak atas perkara yang berlaku." ujar salah seorang daripada pegawai keselamatan itu. "Saya amat bersimpati kepada pemandu itu yang telah dibawa ke hospital. Nasib baik dia tidak apa-apa" ujar salah seorang daripada orang penting dalam program Malakoff University Diathlon Series 2009(MUDS) yang telah di lansungkan disini awal pagi tadi. Saya melaporkan dari unit sukan berita rekatipu. Sekian Terima kasih.



Sudah baca berita diatas?? Bagos kerana anda telah berjaya mencari maksud kepada persolan diawal tadi. Untuk dipendekkan cerita, pada hari sabtu saya dengan dukacitanya telah terpilih untuk menjadi suka-rela-wan (xske,xrela,don wan) kepada Malakoff Diatlhlon Univercity Series 2009 (MUDS). Pelbagai gelagat, pengalaman, ilmu dan dll. dapat saya timba semasa menjadi marshall (sukerelawan gak tp version english) kepada program itu. MUDS itu telah dilansungkn dengan jayanya (tgok la spe sukarelawan dia) di UNITEN pada hari sabtu yang lalu. Peserta-perserta dikehendaki untuk melakukan 1-3-1,berlari 1 round, berbabasikal 3 round dan berlari semula 1 round mengikut route yg telah disediakan. Berbagai peringkat umur (bdak darjah 5 pon ade) telah menyertai Pertandingan itu dan banyak ketegori telah dipertandingkan. Yang pasti UNITEN seperti tidak menghantar wakil untuk pertandingan itu (xnmpk pon pkai bju uniten.consider xde..ha2) .

Antara gelagat2 lucu yang dapat saya rakamkan ialah:-
  1. Masa nak amek dan letak basikal,masing2 kelam kabut nak cari tempat parking diorang (relaks sudeyh.volenteers ade nak tunjuk kn tmpt korg) .
  2. Ada juga yang lepas park basikal diorang lepas dah cabut kasut untuk berbasikal lupe nak pakai kasut nak lari (mula la lari pkai stokin je.dh la jalan tu panas.conpem dpt first coz lari laju gle nak smpai penamat) .
  3. Pakai helmet masa lari (xyah la cabot.Safety skit.).
Gelak pon gelak juga, tapi ada juga kemalangan telah berlaku apabila kereta berlanggar dengan salah sebuah basikal. Nasib baik orang yang bawa basikal tak apa-apa. (berita kat atas tu x tipu taw)

Dan pada tengahari nya semua suka-rela-wan telah dianugerahkan sijil dan dapat makan tengahari percuma
(elaun xdpat.sdey sgt.igt dpt elaun.huhu.) . Walaupon agak penat, tapi segala pengalaman lucu dan pahit amat la berguna di masa akan datang. (huh.ak dh sunburn dh nie.gelap dh kulit yg dh sedia gelap nie)

So rasanya cukup untuk entry kali ini. Jumpa lagi kat entry akan datang. Bye.


*mesti korang pelik coz gaya penulisan ak lainkan.
coz arie tu ade org sound aku gne rojak(kesah plak ak) .*





.Sekian Terima Kasih.